Sunday 16 June 2013

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1434

Alhamdulillah...Sambutan Israk Mikraj 1434 telah berjalan dengan lancar di Surau Tanah Wakaf pada hari Ahad iaitu pada tarikh 9hb jun, 2013 bersamaan 30 rejab 1434.  Majlis disambut dengan sederhana sahaja.  Jemaah yang hadir lebih kurang 30 orang.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.  Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan tazkirah istimewa dari Ustaz Abdul Rahman berkaitan dengan Israk Mikraj.  Usai solat isyak berjemaah, semua tetamu dijemput menikmati hidangan makan malam yang dibawa dari rumah "pot luck" oleh jemaah yang hadir.

Terima kasih kepada yang sudi hadir meraikan majlis tersebut..


Sunday 10 June 2012

Gambar Surau Tanah Wakaf Kg.Tengah

Assalamualaikum wbkt



bangunan baru Surau Tanah Wakaf yang masih dalam pembinaan


pandangan sisi surau


pandangan hadapan surau 

ALAMAT :

Surau Tanah Wakaf
Kampung Tengah Hilir, 71500 Tanjung Ipoh
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06 4887484 / Hp : 013 226 9558

Ahli JawatanKuasa Surau Tanah Wakaf

AJK surau tanah wakaf bergambar kenangan di hadapan
Surau Tanah Wakaf selepas Majlis Israk Mikraj 2012

sebahagian daripada AJK Surau Tanah Wakaf ketika 
program ziarah 2012

PENGERUSI SURAU    

ENCIK ARIS MAAMOR

NAIB PENGERUSI

ENCIK HANIF YAACOB

IMAM 1

ENCIK AZIZAN MOHD AKHIR

IMAM 2

ENCIK AZHAR MOHD AKHIR

IMAM 3

ENCIK ABBAS BIN HUSSEIN

SETIAUSAHA

ENCIK HASIR BIN MUNIR

TIMBALAN SETIAUSAHA

ENCIK MUSARUL AZAN BIN JAAFAR

BENDAHARI

ENCIK KHALID @ UDO MAIL

TIMBALAN BENDAHARI

TUAN HAJI NASIR BIN YAKOB

PEMERIKSA KIRA KIRA

ENCIK MOHD RADZI BIN JAAFAR

AHLI JAWATAN KUASA

ENCIK ZALIN MAT ZAIN

ENCIK NORMAN MAT ZAIN

ENCIK SANI MAT ZAIN

ENCIK ERAZAINI

ENCIK IZAM MAT ZAIN

ENCIK MAZURAN SURADI JAAFAR

ENCIK MAHATHIR AHMAD

ENCIK FAIZIL AZRIM YUSOF

ENCIK ALI BIN YUNUS

ENCIK AZARI BIN BAKRI

ENCIK MAT NOR

ENCIK SHAMSUL MOHD AKHIR

ENCIK ZAABA MOHD AKHIR

ENCIK MARWAN

ENCIK KAMARUL ZAMAN BIN HJ MUHAMED

ENCIK ROSLAN BIN ABDUL GHANI

ENCIK ZAIRI BIN ZAINAL ABIDIN

TENGKU SALLEHUDDIN BIN TENGKU AMINUDDIN

AJK WANITA

PUAN FATIMAH BT. HASSAN
CIK MALA BT HJ. YUNUS
NOR AZMAH BT. HJ. ABDUL RAHMAN

"rombakan terkini AJK Surau Tanah Wakaf berkuatkuasa pada 24hb Ogos, 2012"



Galeri dan Aktiviti Surau Tanah Wakaf


untuk melihat segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak Surau Tanah Wakaf ,
Sila Klik pada Gambar di bawah.

Saturday 9 June 2012

Sumbangan ke Surau Tanah Wakaf


Pihak Surau Tanah Wakaf sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan derma dari dermawan-dermawan bagi melancarkan setiap aktiviti dan program yang dijalankan atau bakal dijalankan. Kami mendoakan semoga Allah s.w.t memberkati setiap infaq Tuan/Puan dan semoga dilipat gandakan rezeki.


 Sumbangan boleh dilakukan terus ke Akaun Surau Tanah Wakaf :-

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
05030020010539

Aktiviti-Aktiviti Pengajian

    

Surau ini turut menjadi salah satu sumber dimana anak-anak muda menuntut ilmu terutamanya ilmu-ilmu fardhu ain dan fardu kifayah seperti mengaji Al-Quran, tasawuf dan sebagainya sejak dari dulu lagi.

Tuan Guru Ustaz Hj.Zakaria bin Abdul Rahman telah mula mengadakan kelas pengajian sejak awal tahun 90-an setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Surau ini menjadi tumpuan setelah bertambahnya anak-anak murid beliau.

Antara kitab-kitab yang digunakan adalah

  • Tafsir Rahman 
  • Kitab Hikam
  • Kifiyatul Muhtadi
  • Matau Jauharah Tauhid
  • Huraian Asma Ul  Husna
  • Akidah Islamiah Jilid 1 & 2 (Terbitan Jabatan Mufti NS)

-kelas yang ada sekarang diajar oleh Ustaz Hj. Abdul Rahim bin Hj.Yusof dengan kitab 
"Induk Penyucian Diri"  untuk warga emas pada hari selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan . Kelas bagi anak-anak muda pula diadakan pada sabtu minggu pertama setiap bulan. Kelas kitab Fikah  yang ajar oleh Ustaz Abdul Rahman adalah pada setiap sabtu minggu kedua setiap bulan.

Misi & Visi


Dengan tertubuhnya surau ini sebagai institusi agama serta sebagai pusat percambahan ilmu pengetahuan dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu , ia dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia,celik Al-Quran serta taat kepada segala perintah-perintah Allah s.w.t dan juga Rasul-Nya.

Secara tidak langsung ianya menyumbang kepada penerapan nilai-nilai murni serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama islam. Dan terus memperbanyakan serta memperkasakan majlis-majlis ilmiah dan juga aktiviti-aktivi dimasa akan datang.