Showing posts with label pamplets Surau Tanah Wakaf. Show all posts
Showing posts with label pamplets Surau Tanah Wakaf. Show all posts

Saturday, 9 June 2012

Sumbangan ke Surau Tanah Wakaf


Pihak Surau Tanah Wakaf sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan derma dari dermawan-dermawan bagi melancarkan setiap aktiviti dan program yang dijalankan atau bakal dijalankan. Kami mendoakan semoga Allah s.w.t memberkati setiap infaq Tuan/Puan dan semoga dilipat gandakan rezeki.


 Sumbangan boleh dilakukan terus ke Akaun Surau Tanah Wakaf :-

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
05030020010539

Sejarah Surau Tanah Wakaf Kampung Tengah



Lebih dikenali dengan panggilan "Surau Ustaz Yaa"(Ustaz Hj. Zakaria bin Abdul Rahman). Surau ini terletak bersebelahan tanah perkuburan Islam Kg. Tengah Hilir. 2.5km dari simpang Tanjong Ipoh ke Seri Menanti. Iaitu dalam daerah Kuala Pilah , Negeri Sembilan Darul Khusus. 

    Mengikut cerita penduduk kampung disini , surau ini telah wujud lebih 100 tahun lalu . Ia menjadi fungsi utama majlis-majlis ilmiah untuk muslimin muslimat di kariah ini seperti pengajian kitab dan ceramah-ceramah agama. Rata-rata jemaahnya dari golongan muda belia serta golongan pesara.

    Selain dari itu ianya juga berfungi apabila adanya kematian ahli kariah dimana jenazah yang dimandi dan di kafankan akan di bawa ke surau ini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah wakaf bersebelahan.Surau ini menjadi pergerak dmana pada malamnya ahli kariah datang berkumpul dan bersama-sama mengadakan majlis tahlil.

Selamat Datang ke Laman Rasmi Surau Tanah Wakaf Kampung Tengah

SURAU-TANAH-WAKAF-KAMPUNG-TENGAH


Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi ruang untuk mewujudkan laman blog Surau Tanah Wakaf Kampung Tengah ini.  Kewujudan ini dapat memberi ruang bagi sesiapa yang ingin mengetahui aktiviti dan program yang di jalankan di surau kita ini. Semoga kita dapat manfaat dari kewujudan laman blog ini.


SURAU TANAH WAKAF
KAMPUNG TENGAH HILIR , 71500 TANJUNG IPOH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL: 06-4887488/013-2269558