Lebih dikenali dengan panggilan "Surau Ustaz Yaa"(Ustaz Hj. Zakaria bin Abdul Rahman). Surau ini terletak bersebelahan tanah perkuburan Islam Kg. Tengah Hilir. 2.5km dari simpang Tanjong Ipoh ke Seri Menanti. Iaitu dalam daerah Kuala Pilah , Negeri Sembilan Darul Khusus.
Mengikut cerita penduduk kampung disini , surau ini telah wujud lebih 100 tahun lalu . Ia menjadi fungsi utama majlis-majlis ilmiah untuk muslimin muslimat di kariah ini seperti pengajian kitab dan ceramah-ceramah agama. Rata-rata jemaahnya dari golongan muda belia serta golongan pesara.
Selain dari itu ianya juga berfungi apabila adanya kematian ahli kariah dimana jenazah yang dimandi dan di kafankan akan di bawa ke surau ini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah wakaf bersebelahan.Surau ini menjadi pergerak dmana pada malamnya ahli kariah datang berkumpul dan bersama-sama mengadakan majlis tahlil.
No comments:
Post a Comment