Surau ini turut menjadi salah satu sumber dimana anak-anak muda menuntut ilmu terutamanya ilmu-ilmu fardhu ain dan fardu kifayah seperti mengaji Al-Quran, tasawuf dan sebagainya sejak dari dulu lagi.
Tuan Guru Ustaz Hj.Zakaria bin Abdul Rahman telah mula mengadakan kelas pengajian sejak awal tahun 90-an setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Surau ini menjadi tumpuan setelah bertambahnya anak-anak murid beliau.
Antara kitab-kitab yang digunakan adalah
- Tafsir Rahman
- Kitab Hikam
- Kifiyatul Muhtadi
- Matau Jauharah Tauhid
- Huraian Asma Ul Husna
- Akidah Islamiah Jilid 1 & 2 (Terbitan Jabatan Mufti NS)
-kelas yang ada sekarang diajar oleh Ustaz Hj. Abdul Rahim bin Hj.Yusof dengan kitab
"Induk Penyucian Diri" untuk warga emas pada hari selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan . Kelas bagi anak-anak muda pula diadakan pada sabtu minggu pertama setiap bulan. Kelas kitab Fikah yang ajar oleh Ustaz Abdul Rahman adalah pada setiap sabtu minggu kedua setiap bulan.
No comments:
Post a Comment